Kritikan Itu Satu Penghormatan

Sebagai makhluk yg hidup bermasyarakat, kita memang tidak dapat lari daripada kritikan dan cemuhan makhluk lain. Sedangkan Allah Yang Maha Esa pun mendapat tentangan dan cemuhan daripada kaum kafir, apatah lagi kita ni, insan yg lemah dan sentiasa melakukan kesilapan. Selagi nyawa dikandung badan, manusia tidak akan berhenti dari mencemuh saudaranya yg lain sehinggalah ke liang lahad.

Adapun sebab-sebab mereka mencemuh kita tidak lain dari kerana busuk hati, hasad dengki dan bongkak. Padahal mereka tidak sedar bahawa cemuhan mereka itu merupakan satu penghormataan utk kita dan satu kehinaan utk mereka. Adakah sikap mencemuh itu satu perbuatan yg lebih mulia? Sesungguhnya cemuhan mereka itu langsung tidak menjadikan mereka itu lebih baik.

Maka berhati-hatilah apabila mereka mencemuh kita. Jika kita tergugat dgn cemuhan mereka maka mereka telah berjaya utk menjatuhkan kita dan segala kata-kata mereka akan menjadi realiti. Akan tetapi jika kita sabar dan menunjukkan akhlak yg baik, nescaya kita berada di tempat yg lebih baik. Oleh itu, ambillah kritikan itu sebagai pembina kepada diri kita.

Let Me In

'Let Me In' merupakan satu filem seram arahan Matt Reeves berdasarkan sebuah buku bertajuk 'Let the Right One In' hasil karya John Ajvide Lindqvist, seorang penulis berbangsa Sweden. Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki berusia 12 tahun yg menjadi mangsa buli di sekolah dan juga diabaikan oleh ibubapa menjalinkan hubungan persahabatan dengan seorang budak perempuan misteri yg baru sahaja berpindah ke sebelah rumahnya.

Filem lakonan Kodi Smit-McPhee dan Chloe Moretz ini sangat menyentuh hati kerana ianya memaparkan kehidupan dua orang kanak-kanak yg terasing dan diabaikan oleh masyarakat sekeliling. Owen (Kodi Smit) tidak mempunyai kawan dan hanya menghabiskan masa bermain keseorangan di taman permainan. Kadang kala dia melepaskan geram pada pokok-pokok yg dianggap sebagai pembulinya. 

Tetapi hidupnya berubah apabila seorang budak perempuan  bernama Abby (Chloe Moretz) sebaya dengannya berpindah ke sebelah rumah. Mereka berkawan dan menghabiskan masa bersama. Oleh kerana tidak pernah mempunyai kawan akrab dan juga menggemari sikap Abby yg  sangat mengambil berat, Owen mula menyukai Abby. Lama-kelamaan hubungan mereka menjadi lebih daripada persahabatan. Akan tetapi, sikap Abby yg seperti menyembunyikan sesuatu membuat Owen tertanya-tanya, siapakah Abby ini sebenarnya.

Pelbagai peristiwa berlaku yg akhirnya mendedahkan identiti Abby yg sangat misteri itu. Pendedahan itu juga telah menentukan nasib hidup Owen di masa hadapan. Kalau nak tahu siapakah Abby ini sebenarnya, silalah tengok filem ni. Jangan pergi baca spoilers atau full sinopsis di internet plak. Nanti tak best la nak layan filem ni kalau dah tahu jalan ceritanya. Biarkan ianya menjadi satu cerita yg penuh suspen dan misteri... :)

Filem ini menjadi pilihan saya kerana ceritanya yg boleh tahan mendebarkan. Penantian dalam merungkai rahsia disebalik Abby disusun dgn baik sekali. Pada masa yg sama ceritanya juga sangat menyedihkan dan menusuk jiwa. Saya hampir menitiskan air mata. Betapa sukarnya kehidupan seorang budak yg menjadi mangsa buli dan terabai dalam mengharungi zaman kanak-kanak keseorangan, sunyi tanpa keluarga dan teman. Satu realiti kehidupan yg sering kita ambil ringan sedangkan ianya amat penting dalam mencorak nasib  dan masa hadapan seseorang. Tidak sepatutnya kita biarkan seorang kanak-kanak mengharungi nasib seperti Owen ini kerana penderitaan yg dialami adalah sangat memilukan. SAY NO TO BULLYING AND ABUSE!


Antara respon-respon lain mengenai filem ini:

 A. O. Scott dari The New York Times - "what makes 'Let Me In' so eerily fascinating is the mood it creates. It is at once artful and unpretentious, more interested in intimacy and implication than in easy scares or slick effects."

Stephen King - "Let Me In is a genre-busting triumph. Not just a horror film, but the best American horror film in the last 20 years."

John Ajvide Lindqvist - "Like the Swedish movie it made me cry, but not at the same points. Let Me In is a dark and violent love story, a beautiful piece of cinema and a respectful rendering of my novel for which I am grateful. Again."


Iman dan Kehidupan

Assalamualaikum.

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai keimanan dan peranannya dalam kehidupan. Jadi di sini saya mahu berkongsi pendapat dan ilmu yg saya perolehi hasil dari penyelidikan saya mengenai topik ini. Jika ada yg tersalah atau terkurang minta dimaafkan dan diperbetulkan.

Semenjak baru-baru ni, saya amat tertarik utk mengkaji dan membaca apa-apa artikel yg menceritakan perihal keimanan. Dalam menjalani kehidupan seharian, seringkali kita jumpa perkataan iman atau beriman atau keimanan, akan tetapi sejauh mana kefahaman kita mengenai iman ini, apakah kepentingan iman dalam kehidupan dan bagaimana pula dgn tahap keimanan kita sebagai seorang muslim.

Menurut Dr. Yusuf Al-Qardawi, iman beerti kepercayaan yg meresap dalam hati dengan penuh keyakinan dan tidak bercampur dengan syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan seharian. Ianya diatas kerelaan hati dan bukan sekadar ucapan lidah atau perbuatan dan bukan pula hanya merupakan pengetahuan tentang rukun iman.

1) Iman itu bukan hanya pada lidah kerana banyak orang-orang yg munafik mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya tidak percaya, seperti dalam firman Tuhan:

"Dan di antara kamu ada mengatakan: " kami beriman kepada Allah dan hari akhirat", sedang yg sebenarnya mereka bukan orang-orang yg beriman. Mereka hendak menipu Allah dan menipu orang-orang yg beriman, tetapi yg sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar". - (Al-Baqarah ayat 8-9)

2) Iman juga bukan hanya mengerjakan amal seperti yg biasa dikerjakan oleh orang-orang beriman, kerana banyak yg pada lahirnya mengerjakan ibadat dan perbuatan baik, tetapi hati mereka kosong dari merasa kebaikan dan keikhlasan kepada Allah, seperti dalam firman Tuhan:

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu hendak menipu Allah, dan Allah menipu mereka. Apabila mereka berdiri mengerjakan sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka ria kepada manusia dan tiada mengingati Allah, melainkan sedikit sekali". - (An-Nisa' ayat 142)

3) Iman bukan semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman, kerana banyak orang yg mengetahui hakikat iman itu tetapi mereka tidak juga beriman, seperti dalam firman Tuhan:

"Mereka menyangkal (membantah) keterangan-keterangan (agama) Allah kerana dengki dan sombong, padahal hati mereka sendiri meyakininya". - (An-Naml ayat 14)

4) Maka oleh itu keimanan itu mencapai tahap keyakinan yg teguh dan kuat dan tidak digoncangkan oleh bimbang dan ragu-ragu, seperti dalam firman Tuhan:

"Sesungguhnya orang yg beriman itu ialah mereka yg beriman (percaya kepada Allah) dan RasulNya, kemudian itu mereka tidak ragu-ragu". - (Al-Hujurat ayat 15)

5) Keimanan itu, disamping pengetahuan, pengertian dan keyakinan yg kuat perlu pula kepada kemahuan dan  kerelaan hati dalam menjalankan perintah dengan penuh kejujuran, sebagaimana dalam firman Tuhan:

"Maka demi Tuhan engkau, mereka belumlah dinamakan beriman, sebelum mereka meminta keputusan kepasa engkau (Muhammad) dalam perkara yang menjadi perselisihan antara mereka, kemudian itu mereka tidak berasa keberatan dalam hati mereka terhadap apa yg engkau putuskan dan mereka menerima dengan senang hati". - (An-Nisa' ayat 65)

6) Dengan keimanan itu menimbulkan semangat bekerja dan berkorban dengan harta dan diri sesuai dengan kehendak iman dan kewajipan orang beriman. Iman itu membentuk budi pekerti yg baik dan amalan yg berguna, sebagaimana yg disebutkan dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu apabila disebut nama Allah, mereka penuh ketakutan, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, keiman mereka bertambah kerananya dan mereka menyerah diri kepasa Tuhannya. Mereka mengerjakan sembahyang dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami beri kepada mereka. Itulah orang-orang yang sebenarnya beriman".  - (Al-Anfal ayat 2-4)

"Seungguhnya beruntunglah orang-orang yg beriman: mereka yg khusyu' dalam sembahyangnya. Dan yang menjauhkan diri dari (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna. Dan yang mengerjakan perbuatan suci (membayar zakat) dan mereka yang menjaga kesopanannya". - (Al-Mukminun ayat 1-5)

 "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian itu mereka tidak ragu-ragu dan sentiasa berjuang dengan harta dan dirinya di jalan Allah. Itulah orang-orng yang sebenarnya beriman". (Al-Hujurat ayat 15)

Iman berkait rapat dan bersangkut paut dengan kewujudan manusia dan penentuan hidupnya. Adalah satu fitrah bagi manusia untuk tertanya-tanyakan persoalan tentang dari mana asal-usulnya, apakah tujuan hidup di dunia, apa yg terjadi selepas kematian dan kenapa. Keimanan itu menjawab segala persoalan yang berada di luar tahap pemikiran manusia seterusnya membawa manusia sama ada kepada kebahagiaan atau kecelakaan yang abadi. 

Keimanan dan kepercayaan menurut ajaran Islam bermula daripada beriman dan percaya terhadap Allah,  hari akhirat, malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi. Iman kepada Allah meliputi kepercayaan kepada Allah itu ada, Allah itu Maha Esa dan Maha Sempurna yang menjadi dasar bagi aqidah (kepercayaan) dalam agama Islam. Keimanan ini akan dapat menjawab dengan jelas tentang rahsia kewujudan manusia, kehidupan di dunia ini serta kehidupan selepas mati.

Setiap ibadat yg diwajibkan oleh agama adalah sebagai cara untuk mensucikan jiwa manusia, memelihara akalnya, akhlaknya dan jiwanya. Agama Islam menyuruh manusia berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat. Sesungguhnya orang yang beriman tidak akan rugi apabila memelihara diri dari kejahatan kerana hidupnya dipenuhi dgn kebaikan dan seterusnya mendapat ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup.

Individu tanpa agama dan keimanan diibarat seperti bingung akan hakikat dirinya dan rahsia wujudnya, malah tidak mengetahui apakah tujuan dia hidup di dunia ini dan kemana hala tujunya yang sebenar. Kehidupan yang tiada hala tuju menjadikan manusia dikuasai nafsu syahwat serta terlalu mencintai dunia hingga sanggup melampaui moral dan etika semata-mata untuk hidup bersenang-lenang.

Alangkah ruginya bagi mereka yang hanya menjalankan kehidupan setakat untuk bekalan di dunia sahaja, sedangkan kehidupan akhirat itu ada dan kekal selamanya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka dia akan beruntung dalam dua kehidupan bersama. Ia tidak akan khuatir dengan keadaan dunianya yang fana ini untuk mendapat keuntungan di akhirat kelak.

Kita adalah kaum yg beriman kepada Allah SWT. Keimanan ini yg menjadi asas keperibadian kita,  peradaban kita, kekuatan kita dan kemuliaan kita sebagai seorang manusia dan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk  menyebarkan ilmu yang ada dan menanamkan keyakinan iman dalam diri sendiri dan juga saudara-saudara kita yg lain agar kita sama-sama mendapat keuntungan di dunia mahupun di akhirat.

Semoga keimanan ini sentiasa teguh kuat dalam hati dan menjadi pembimbing kepada kehidupan yg lebih berkualiti dan bahagia.

bersambung...

Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum.

Dah lama tak post di blog ni. Macam-macam hal berlaku diluar jangkaan. Itulah yg dikatakan kita ni hanya mampu merancang, tapi tuhan yg menentukan. Walau apapun, kena cuba yg terbaik dan memohon doa daripadaNya semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yg saya lalui beberapa minggu lepas. Semoga pengalaman saya ni dapat dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Saya sebenarnya baru sahaja menjalani pembedahan. Alhamdulillah semuanya selamat. Bersyukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi saya peluang utk bertaubat dan beramal. Walaupun menghadapi kesulitan dan kesakitan yg teramat, namun ianya bagai rahmat kerana telah banyak membuka hati dan minda saya terhadap banyak perkara, terutamanya tentang kehidupan di dunia dan akhirat.

Apabila mendapat tahu bahawa saya dlm keadaan kritikal dan peluangnya adalah 50-50, tiada lain lagi yg terlintas di minda saya selain daripada mati. Adakah sudah tiba masa utk saya bertemuNya? Adakah sampai di sini sahaja kehidupan saya di dunia? Adakah saya sudah bersedia utk menghadapi alam kubur? Adakah bekalan akhirat saya sudah mencukupi? Sudah bersediakah saya?

Segala kejahatan dan perbuatan buruk terimbas kembali. Sama juga dgn amalan yg sedikit sekali dilakukan. Datanglah penyesalan yg tak sudah dan perasaan takut semakin menghantui. Saat itu baru terasa betapa berharganya nyawa ini. Terasa seperti sanggup utk melepaskan segala-segalanya utk ditukarkan dgn nyawa, agar dapat bertaubat semula dan membaiki kesilapan lalu. Sesungguhnya aku masih lagi tidak bersedia!

Di situlah, datangnya Allah SWT dlm hati dan fikiran. Tiada lain lagi selain daripadaNya. Tiada lagi teringatkan suami, keluarga, sahabat atau sesiapapun kecualiNya. Ya Allah, berilah aku peluang utk aku membaiki semula hidupku. Ya Allah, jika masaku sudah tiba, ampunilah aku ya Allah, ampunilah aku ya Allah, ampunilah aku ya Allah...

Namun saya berjaya diselamatkan tepat pada waktunya. Syukur alhamdullillah semuanya berjalan dgn lancar.  Saya masih lagi bernafas hingga ke hari ni. Tak terkata dan tergambar perasaan ini apabila mendapat tahu saya masih lagi berpeluang utk hidup utk membaiki segala kesilapan yg telah lalu.

Selepas peristiwa ni saya tak akan dapat pandang hidup ni seperti dulu lagi. Saat itu banyak menyedarkan saya akan betapa berharganya setiap detik yg saya lalui sepanjang berada di bumi Allah ini. Dunia ini hanya sementara dan tidak kekal selamanya. Bila-bila masa kita akan mati.

Sementara nyawa masih ada, diharapkan agar kita sama-sama sentiasa beriman dan beramal kepada Allah SWT semoga diberkati dunia dan akhirat, dan sentiasa melakukan kebaikan di atas muka bumi ini.