Warming Up Menuju Ramadhan

Assalamualaikum.

Berkongsi satu artikel menarik hasil karya brohamzah bertajuk "Warming Up Mengejar Piala Taqwa" yang diambil dari langitilahi.com. Di bawah adalah rumusan dalam kaedah warming up menuju ramadhan. Untuk membaca artikel penuh beliau, boleh klik disini.

Seperti kita semua sedia maklum, bulan puasa sudah makin menggampiri kita. Bagi akak-akak sekalian, haa sudah habis ganti puasa ke belom?? he he he.. Jadi, eloklah kita membuat sedikit persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini..

  • Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan.
  • Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Ia adalah latihan yang akan memberikan kesan yang mendalam kepada jiwa dan hati kita. Bagi, mereka-mereka yang perlu menggantikan puasa yang perlu diganti – amat sesuailah menyelesaikannya dengan segera dan terancang. InsyaAllah.
  • Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal. Anggap seperti seolah-olah kita sudah berada di bulan Ramadhan. Minda, hati dan fizikal disettkan kea rah itu. Biasakan diri di awal pagi dengan amalan seperti solat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran.
  • Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang. Tambahkan jumlah ayat yang dibaca dari satu hari ke satu hari. Mudahan-mudahan kita menjadi insan yang menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan sehingga menjadi kebiasaan .
  • Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal dan kaset-kaset radio. Boleh juga memasang MP3 Al-Quran di kereta atau laptop di celah-celah waktu yang terluang.
  • Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk. Berwudhuk menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan suci, bersih dan jernih. Bulan Ramadhan adalah bulan yang bersih dan ia sendiri membersihkan diri kita daripada dosa dan maksiat.
  • Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh. Saat ini, kita perlu mengutip sebanyak mungkin mutiara, hikmah, ilmu dan pengetahuan yang berguna daripada mereka terutamanya berkaitan dengan ibadah puasa dan Ramadhan itu sendiri.
  • Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita. Mohonlah keampunan, kerahmatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Bersungguh-sungguh mengamati diri sendiri dan pintalah kekuatan agar dikekalkan dalam kebaikan sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah.
  • Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari, terutamanya di saat sepertiga malam. Luangkanlah masa untuk solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha, Taubat, Hajat dan Tahajud.
  • Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT. Masa-masa sebegini sangat penting untuk mendekatkan jiwa dan menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.
  • Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit. Kita rancang kewangan kita untuk bersedekah. Bahagi-bahagikan kewangan kita untuk fakir miskin, pembangunan institusi-institusi pendidikan, pembinaan masjid, belanja kawan berbuka puasa dan sebagainya. Ia adalah pelaburan yang sangat menguntungkan.
  • Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki. Ia akan melatih sifat pemurah dan jiwa yang luhur.
  • Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya. Moga-moga ia akan memberikan tiupan semangat untuk meraih trofi Ramadhan yang sangat berharga.
  • Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya. Tiada kenikmatan yang lebih indah daripada beribadah dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan keasyikan di Tanah Suci Mekah.
  • Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda. Sebagai peringatan untuk kita lakukan yang terbaik untuk Ramadhan.

Alhamdulillah, satu input yang amat baik buat kita semua. Terima kasih kepada brohamzah atas perkongsian ilmu. Semoga kita mendapat keberkatan Allah SWT dan kesejahteraan dunia dan akhirat, insyaAllah...



0 comments: