Mencela Si Mati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebagai umat Islam, marilah kita muhasabah diri dan beringat sesama kita akan pentingnya mencerminkan akhlak yg baik agar menjadi contoh teladan kepada yang lain. Telah kita ketahui bahawa kita ditegah dari bersikap buruk dalam kehidupan seharian, antaranya sikap mencela orang lain yang masih hidup mahupun juga yang telah meninggal dunia.

Terdapat hadis menerangkan tentang larangan mencela orang yang sudah mati:

Dari 'Aisyah radiallahu'anha, dia berkata Nabi SAW bersabda: "Janganlah kamu mencela orang yang sudah mati, kerana mereka itu sudah sampai kepada apa yang mereka lakukan." (HR al-Bukhari)

1) Dari hadis di atas jelas memperkatakan bahawa Nabi SAW melarang manusia dari mencela mereka yang sudah meninggal dunia kerana mereka sudah terima apa yang mereka lakukan sepanjang kehidupan mereka di dunia, baik perbuatan yang soleh atau sebaliknya.

2) Tindakan mencela orang yang sudah meninggal dunia juga boleh meninggalkan kesan terhadap keluarganya yang masih hidup. Sedangkan mereka sudah tiada lagi di dunia ni, tindakan mengutuk dan mengungkit si mati boleh menyakitkan hati dan menyedihkan keluarganya.

Ibnu al-Atsîr berkata di dalam kitabnya Usud al-Ghâbah : “Ketika ‘Ikrimah bin Abu Jahal masuk Islam, banyak orang-orang yang berkata: "Wah! Ini adalah anak musuh Allah, Abu Jahal". Ucapan ini menyakiti hati ‘Ikrimah kerananya dia mengadukan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW, lantas beliau bersabda: “Janganlah kalian mencela ayahnya karena mencela orang yang sudah mati, akan menyakiti orang yang masih hidup (keluarganya)”.

Dalam menyingkapi orang-orang yang sudah mati, mazhab Ahlussunnah wal Jama’ah adalah bahawa kita berharap agar orang yang berbuat baik dari mereka diberi ganjaran pahala oleh Allah, dirahmati dan tidak disiksa olehNya. Sedangkan terhadap orang yang berbuat buruk, kita mengkhuatirkan dirinya disiksa kerana dosa-dosa dan keburukan yang dilakukannya.

Wallahualam.

(Sumber Rujukan: “Taudlîh al-Ahkâm min Bulûgh al-Marâm” karya Syaikh. ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Bassâm, Juz VI, hal. 346, hadith no. 1312)

0 comments: