Si Penjahat Kecil

Assalamualaikum,

Masih teringat peristiwa semalam. Seekor cicak cuba melayangkan dirinya ke atas ku dua kali! Aku tak buat apa-apa pun kat dia. Nasib baik dua-dua kali aku dapat mengelak. Memang lepas tu aku kejar jugak dia sampai dapat. Selepas berhempas pulas akhirnya dia tewas juga di bawah kertas suratkhabar ku yg digulung kemas.. huhu..

Bukan aku ni kejam ke ape.. cicak yang juga digelar sebagai 'Si Penjahat Kecil' ni tidak patut di spare kan life nya. Bagi yang masih belum tahu, ada hadith-hadith yg mengatakan:

Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a. katanya: "Sesungguhnya Nabi SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya 'si penjahat kecil' ". - HR Muslim

Dari Abu Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan ketiga kurang dari itu". - HR Ahmad dan Muslim

1) Belaku satu peristiwa di zaman Nabi Ibrahim a.s dimana ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung terbang berulang alik mengisi air ke dalam paruhnya lalu dijirus ke atas api yg membakar Nabi Ibrahim itu. Perbuatan burung itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu ditanya kepada burung itu, kenapakah ia bertindak sebegitu sedangkan perbuatanya tidak akan memadamkan api yang membakar. Lalu dijawabnya burung itu, " memang ia tidak akan memadamkan api itu, tapi aku takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak". Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat makin dihembusnya api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan terus marak, walaupun tindakannya itu tidak membawa kesan ke atas api tersebut.

2) Belaku satu Peristiwa Hijrah semasa Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam Gua Thur dari pihak musuh iaitu kaum Quraisy. Akan tetapi cicak yang berada di dalam gua itu mengeluarkan bunyi menyebabkan kaum Quraisy mengesyaki ada orang sedang bersembunyi di dalam gua tersebut. Lalu labah-labah membuat sarang di muka pintu gua agar kaum Quraisy tidak lagi mengesyaki adanya orang di dalam gua itu memandangkan sarang labah-labah itu masih utuh dan cantik.

Orang-orang tua kata, cicak ni sifatnya pendendam. Jika kita buat apa-apa kat dia, dia akan balas balik.

Ingat lagi masa belajar kat universiti dulu, cicak suka sangat lalu depan meja aku time aku tengah stadi, buat aku terkejut. Aku pun dengan tak semena-mena halau la dia. Esoknya tiap-tiap hari dia berak atas meja aku. Habis buku-buku teks aku dicemari dengan najisnya. Kurang hasam betul cicak ni. Sejak dari tu memang aku takkan lepaskan cicak-cicak ni lagi. Bukan apa, tak ke naya, time aku tidor tenganga gi berak nya dalam mulut plak ke... uuuuu mitak dijauhkan!

Say no to Cicak!

P/S: Ada tebaca kat blog orang lain pasal kenapa ada produser Malaysia ni buat cerita pasal cicakman yang menjadi savior rakyat jelata, sedangkan cicak ni musuh umat Islam. Hmm...

0 comments: