Si Penjahat Kecil

Assalamualaikum,

Masih teringat peristiwa semalam. Seekor cicak cuba melayangkan dirinya ke atas ku dua kali! Aku tak buat apa-apa pun kat dia. Nasib baik dua-dua kali aku dapat mengelak. Memang lepas tu aku kejar jugak dia sampai dapat. Selepas berhempas pulas akhirnya dia tewas juga di bawah kertas suratkhabar ku yg digulung kemas.. huhu..

Bukan aku ni kejam ke ape.. cicak yang juga digelar sebagai 'Si Penjahat Kecil' ni tidak patut di spare kan life nya. Bagi yang masih belum tahu, ada hadith-hadith yg mengatakan:

Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a. katanya: "Sesungguhnya Nabi SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya 'si penjahat kecil' ". - HR Muslim

Dari Abu Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan ketiga kurang dari itu". - HR Ahmad dan Muslim

1) Belaku satu peristiwa di zaman Nabi Ibrahim a.s dimana ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung terbang berulang alik mengisi air ke dalam paruhnya lalu dijirus ke atas api yg membakar Nabi Ibrahim itu. Perbuatan burung itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu ditanya kepada burung itu, kenapakah ia bertindak sebegitu sedangkan perbuatanya tidak akan memadamkan api yang membakar. Lalu dijawabnya burung itu, " memang ia tidak akan memadamkan api itu, tapi aku takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak". Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat makin dihembusnya api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan terus marak, walaupun tindakannya itu tidak membawa kesan ke atas api tersebut.

2) Belaku satu Peristiwa Hijrah semasa Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam Gua Thur dari pihak musuh iaitu kaum Quraisy. Akan tetapi cicak yang berada di dalam gua itu mengeluarkan bunyi menyebabkan kaum Quraisy mengesyaki ada orang sedang bersembunyi di dalam gua tersebut. Lalu labah-labah membuat sarang di muka pintu gua agar kaum Quraisy tidak lagi mengesyaki adanya orang di dalam gua itu memandangkan sarang labah-labah itu masih utuh dan cantik.

Orang-orang tua kata, cicak ni sifatnya pendendam. Jika kita buat apa-apa kat dia, dia akan balas balik.

Ingat lagi masa belajar kat universiti dulu, cicak suka sangat lalu depan meja aku time aku tengah stadi, buat aku terkejut. Aku pun dengan tak semena-mena halau la dia. Esoknya tiap-tiap hari dia berak atas meja aku. Habis buku-buku teks aku dicemari dengan najisnya. Kurang hasam betul cicak ni. Sejak dari tu memang aku takkan lepaskan cicak-cicak ni lagi. Bukan apa, tak ke naya, time aku tidor tenganga gi berak nya dalam mulut plak ke... uuuuu mitak dijauhkan!

Say no to Cicak!

P/S: Ada tebaca kat blog orang lain pasal kenapa ada produser Malaysia ni buat cerita pasal cicakman yang menjadi savior rakyat jelata, sedangkan cicak ni musuh umat Islam. Hmm...

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi satu doa yang saya pelajari dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dalam satu rancangan beliau, iaitu Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan. Diharap doa yg dipohon kepada Allah SWT ini dengan izinNya sama-sama dapat memberikan kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat, insyaAllah..

"Ya Allah, bukakanlah pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Umrah 2011

Assalamualaikum.

Seminggu genap kepulangan saya dari mengerjakan umrah yg pertama di Tanah Haram. Terasa kerinduan yg teramat sangat utk menjejakkan kaki di Tanah Haram dan mengunjungi Baitullah semula. Tak tergambar perasan hati ni bila melihat kaabah buat pertama kali. I was speechless, no words can describe how breathtaking it is!


Memang pelbagai kisah dan peristiwa berlaku sepanjang berada di sana. Selalunya biasa dengar carita-cerita dari orang lain yg dah pergi saja. Kali ni dapat pengalaman sendiri. Banyak yg telah saya belajar dari pengalaman umrah kali ni. Walau apa pun pengalamannya, saya gembira, sepanjang hayat saya ni saya dah berjaya menjejakkan kaki di Baitullah.. Alhamdulillah :)

Semasa berada di sana, kita harus menjaga segala sikap, tingkahlaku dan percakapan sebab Tanah Haram bukan tempat yg boleh main-main. Saya harus mengatakan bahawa pelbagai peristiwa mencabar berlaku pada setiap jemaah yg datang. Kat sana semua attitude kita akan terserlah. Mana yg baik dan buruk akan menjadi jelas. Di situ kita boleh nilai tahap mana kita ni sebenarnya.

Bukan senang utk kita mendapatkan ganjaran yg berlipat ganda. Kita mesti berusaha utk mendapatkannya dan oleh kerana itu kesabaran mesti kuat. Pelbagai dugaan dan cabaran akan datang menguji kita agar dapat diberikan balasan yg setimpal. Semoga walaupun telah kembali ke tanah air, kita masih dapat memupuk sikap baik seperti yg patut diamalkan di sana.

Yang paling penting sekali, niat kita ke sana tu mesti betul bermula dari tanah air lagi. Kesihatan juga mesti dijaga bermula dari tanah air supaya ibadat kita di sana tak terganggu seterusnya diterima dan diberkati Allah SWT. Saya berharap saya dapat pergi lagi. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi peluang utk mengerjakan ibadat haji dan umrah, InsyaAllah..


Lets Support Earth Hour and Conserve our Planet!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Pada hari ini 26 Mac adalah Hari Dunia atau 'Earth Day' dimana seluruh dunia akan menyambut 'Earth Hour' sebagai tanda sokongan kepada kesedaran terhadap masalah perubahan iklim global yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni.

Earth Hour ni diperkenalkan oleh WWF Australia pada tahun 2007. Pada Earth Hour seluruh dunia akan menutup lampu selama sejam dari pukul 830 hingga 930 malam. Tujuannya adalah untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar serta melakukan tindakan sewajarnya dalam menuju ke arah kehidupan yg lebih sihat.

Setiap kesungguhan dan kerelaan yang diberikan oleh setiap individu memberi nilai yg sangat tinggi dalam menguatkan lagi usaha mereka terutamanya WWF dalam menjaga alam sekitar ini. Mungkin jika kita lihat apa la sangat takat tutup lampu sejam kan. Tapi sedikit kesedaran terhadap alam sekitar dalam diri ni pun sudah cukup untuk membawa kita satu langkah ke arah dunia yg lebih baik.

Menjaga alam sekitar ni sangat penting kerana jika alam sekitar ni sakit, ia akan menjejaskan kehidupan dan kesihatan kita juga. Mahukah anda hidup dalam dunia yg tercemar, kepupusan haiwan dan tumbuhan, kemusnahan alam dan bencana belaku di sana sini, serta wabak penyakit yg makin menular hingga mengambil nyawa orang yang kita sayang?

Saya yakin, setiap dari kita pasti mahukan satu kehidupan yang sihat dan selesa. Cuma mungkin kesungguhan dan kesedaran itu masih tidak ada. Jadi, marilah kita sama-sama memupuk kesedaran ini dalam diri kita dan juga rakan-rakan taulan. Semoga dengan ini makin ramai yang mulai sedar akan betapa pentingnya menjaga alam sekitar ni.

Banner 600px X 160px

Sokonglah Earth Hour dengan menutup semua lampu selama sejam agar dengan ini, kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar semakin bertambah dan membesar. Come on guys, lets take action towards a better life! Our future depends on it!