Let Me In

'Let Me In' merupakan satu filem seram arahan Matt Reeves berdasarkan sebuah buku bertajuk 'Let the Right One In' hasil karya John Ajvide Lindqvist, seorang penulis berbangsa Sweden. Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki berusia 12 tahun yg menjadi mangsa buli di sekolah dan juga diabaikan oleh ibubapa menjalinkan hubungan persahabatan dengan seorang budak perempuan misteri yg baru sahaja berpindah ke sebelah rumahnya.

Filem lakonan Kodi Smit-McPhee dan Chloe Moretz ini sangat menyentuh hati kerana ianya memaparkan kehidupan dua orang kanak-kanak yg terasing dan diabaikan oleh masyarakat sekeliling. Owen (Kodi Smit) tidak mempunyai kawan dan hanya menghabiskan masa bermain keseorangan di taman permainan. Kadang kala dia melepaskan geram pada pokok-pokok yg dianggap sebagai pembulinya. 

Tetapi hidupnya berubah apabila seorang budak perempuan  bernama Abby (Chloe Moretz) sebaya dengannya berpindah ke sebelah rumah. Mereka berkawan dan menghabiskan masa bersama. Oleh kerana tidak pernah mempunyai kawan akrab dan juga menggemari sikap Abby yg  sangat mengambil berat, Owen mula menyukai Abby. Lama-kelamaan hubungan mereka menjadi lebih daripada persahabatan. Akan tetapi, sikap Abby yg seperti menyembunyikan sesuatu membuat Owen tertanya-tanya, siapakah Abby ini sebenarnya.

Pelbagai peristiwa berlaku yg akhirnya mendedahkan identiti Abby yg sangat misteri itu. Pendedahan itu juga telah menentukan nasib hidup Owen di masa hadapan. Kalau nak tahu siapakah Abby ini sebenarnya, silalah tengok filem ni. Jangan pergi baca spoilers atau full sinopsis di internet plak. Nanti tak best la nak layan filem ni kalau dah tahu jalan ceritanya. Biarkan ianya menjadi satu cerita yg penuh suspen dan misteri... :)

Filem ini menjadi pilihan saya kerana ceritanya yg boleh tahan mendebarkan. Penantian dalam merungkai rahsia disebalik Abby disusun dgn baik sekali. Pada masa yg sama ceritanya juga sangat menyedihkan dan menusuk jiwa. Saya hampir menitiskan air mata. Betapa sukarnya kehidupan seorang budak yg menjadi mangsa buli dan terabai dalam mengharungi zaman kanak-kanak keseorangan, sunyi tanpa keluarga dan teman. Satu realiti kehidupan yg sering kita ambil ringan sedangkan ianya amat penting dalam mencorak nasib  dan masa hadapan seseorang. Tidak sepatutnya kita biarkan seorang kanak-kanak mengharungi nasib seperti Owen ini kerana penderitaan yg dialami adalah sangat memilukan. SAY NO TO BULLYING AND ABUSE!


Antara respon-respon lain mengenai filem ini:

 A. O. Scott dari The New York Times - "what makes 'Let Me In' so eerily fascinating is the mood it creates. It is at once artful and unpretentious, more interested in intimacy and implication than in easy scares or slick effects."

Stephen King - "Let Me In is a genre-busting triumph. Not just a horror film, but the best American horror film in the last 20 years."

John Ajvide Lindqvist - "Like the Swedish movie it made me cry, but not at the same points. Let Me In is a dark and violent love story, a beautiful piece of cinema and a respectful rendering of my novel for which I am grateful. Again."


0 comments: