Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum.

Dah lama tak post di blog ni. Macam-macam hal berlaku diluar jangkaan. Itulah yg dikatakan kita ni hanya mampu merancang, tapi tuhan yg menentukan. Walau apapun, kena cuba yg terbaik dan memohon doa daripadaNya semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yg saya lalui beberapa minggu lepas. Semoga pengalaman saya ni dapat dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Saya sebenarnya baru sahaja menjalani pembedahan. Alhamdulillah semuanya selamat. Bersyukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi saya peluang utk bertaubat dan beramal. Walaupun menghadapi kesulitan dan kesakitan yg teramat, namun ianya bagai rahmat kerana telah banyak membuka hati dan minda saya terhadap banyak perkara, terutamanya tentang kehidupan di dunia dan akhirat.

Apabila mendapat tahu bahawa saya dlm keadaan kritikal dan peluangnya adalah 50-50, tiada lain lagi yg terlintas di minda saya selain daripada mati. Adakah sudah tiba masa utk saya bertemuNya? Adakah sampai di sini sahaja kehidupan saya di dunia? Adakah saya sudah bersedia utk menghadapi alam kubur? Adakah bekalan akhirat saya sudah mencukupi? Sudah bersediakah saya?

Segala kejahatan dan perbuatan buruk terimbas kembali. Sama juga dgn amalan yg sedikit sekali dilakukan. Datanglah penyesalan yg tak sudah dan perasaan takut semakin menghantui. Saat itu baru terasa betapa berharganya nyawa ini. Terasa seperti sanggup utk melepaskan segala-segalanya utk ditukarkan dgn nyawa, agar dapat bertaubat semula dan membaiki kesilapan lalu. Sesungguhnya aku masih lagi tidak bersedia!

Di situlah, datangnya Allah SWT dlm hati dan fikiran. Tiada lain lagi selain daripadaNya. Tiada lagi teringatkan suami, keluarga, sahabat atau sesiapapun kecualiNya. Ya Allah, berilah aku peluang utk aku membaiki semula hidupku. Ya Allah, jika masaku sudah tiba, ampunilah aku ya Allah, ampunilah aku ya Allah, ampunilah aku ya Allah...

Namun saya berjaya diselamatkan tepat pada waktunya. Syukur alhamdullillah semuanya berjalan dgn lancar.  Saya masih lagi bernafas hingga ke hari ni. Tak terkata dan tergambar perasaan ini apabila mendapat tahu saya masih lagi berpeluang utk hidup utk membaiki segala kesilapan yg telah lalu.

Selepas peristiwa ni saya tak akan dapat pandang hidup ni seperti dulu lagi. Saat itu banyak menyedarkan saya akan betapa berharganya setiap detik yg saya lalui sepanjang berada di bumi Allah ini. Dunia ini hanya sementara dan tidak kekal selamanya. Bila-bila masa kita akan mati.

Sementara nyawa masih ada, diharapkan agar kita sama-sama sentiasa beriman dan beramal kepada Allah SWT semoga diberkati dunia dan akhirat, dan sentiasa melakukan kebaikan di atas muka bumi ini.

0 comments: