Suamiku Tersayang

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak cerita pasal orang yg paling saya sayang dlm hidup saya, iaitu suami saya :) Suami saya ni orangnya biasa saja, takla hensem mana, takla sasa, dressing lebih kurang, tak mempunyai harta yg banyak dan mempunyai pendidikan tinggi, kerja pun biasa-biasa saja. Tetapi ada satu yg menarik pasal dia; iaitu mempunyai hati yg sangat baik.




Saya berasa amat bertuah kerana memiliki seorang suami yg sangat baik hati, beramal soleh, pengasih dan penyayang, dan sangat mengambil berat terhadap saya. Dia ni jenis yg 'happy go lucky' sikit, sentiasa berjenaka dan bergurau senda. Jarang lah tengok dia marah atau sedih sebab sesuatu perkara. Jadi bila ada dia je, keadaan pasti akan ceria.

Dia juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Segala kelengkapan rumah, makan minum, pakaian dan perhiasan, dia sediakan utk saya dgn sebaiknya. Cukup lengkap. Paling kagum dgn sikapnya yg sangat menghormati ibubapa dan menjaga mereka dgn amat baik. Saya rasa susah nak cari orang macam dia kat dunia ni. He is one of a kind.

Dia mengajar saya utk menjadi seorang yg sabar, bersyukur dgn rezeki yg tuhan berikan, berbaik sangka sesama manusia, sentiasa berfikiran positif, dan selalu membantu mereka yg bermasalah tanpa mengharapkan balasan. Pendek kata, dia yg telah membuka hati saya yg selama ini penuh dgn kegelapan dan kesedihan. Sekarang, alhamdulillah hidup saya menjadi lebih tenang dan bahagia.

Tiada kata-kata yg boleh menggambarkan keindahan yg dia berikan kepada hidup saya. Kadang-kadang ia membuatkan saya rasa yg saya ni langsung tak layak utk dia. Lalu membuatkan saya berasa takut jika suatu hari nanti, dia pergi jauh dari hidup saya. Tapi tiada gunanya difikirkan masa depan yg belum tentu, saya ingin menghabiskan masa bersamanya hari ini sebaik mungkin.

Syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan saya rezeki seorang suami yg baik.. :)

"Kepada suamiku tersayang. Terima kasih di atas segala yg abang telah berikan utk saya. Saya rasa amat bertuah kerana memiliki abang. Setiap hari tiada lain yg abang lakukan selain dari melayan saya dgn baik. Kehidupan yg abang berikan sepada saya tersangatlah indah dan saya tak mahu minta lebih dari itu lagi. Semoga perkahwinan kita ini diberkati Allah dan kekal bahagia selama-lamanya. Saya sayang abang.."



(gambar diambil dari graphics-commenthi5.blogspot.com)

Hari ini Adalah Yang Pasti


1) Biarlah yg Lalu itu Berlalu

Kita semua pasti inginkan kebahagiaan pada hari ini dan di masa hadapan. Akan tetapi kadang kala kita masih membiarkan diri dibelenggu oleh kesedihan dan kegagalan pada masa lampau, menyebabkan kita seolah-olah masih lagi hidup seperti dahulu. Peristiwa lama akan berulang kembali dan kita bertanya pada diri kita kenapa semua ini masih berlaku.

Adakah kita sedar bahawa apa yg telah berlalu itu tidak akan berulang kembali? Masa yg lepas itu sudah lepas. Tiada gunanya kita hidupkan kembali kisah lampau itu kerana kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yg terjadi pada waktu itu. Menjalani kehidupan berpandukan memori masa lalu seolah-olah kita telah mensia-siakan keindahan kehidupan kita pada waktu sekarang.

Marilah kita menyesali perkara yg telah berlaku itu, memohon keampunan dari Allah SWT dan berusaha utk memperbaiki masa sekarang dan juga hadapan. Kita tidak boleh mengubah kisah silam, tapi kita boleh mengubah hari ini kita kepada yg lebih baik. Jadikan kisah silam itu sebagai pengajaran dan teladan kepada kita.

2) Masa Depan Masih Belum Pasti

Begitu juga dengan masa hadapan. Kita tidak tahu apa yg akan terjadi pada masa hadapan. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Jadi, kenapa mesti kita risaukan masa hadapan? Buat apa kita menyibukkan hari ini kita dgn perkara yg belum tentu? Adakah kita pasti sama ada pada masa hadapan kita masih hidup utk menghadapinya? Adakah kita pasti yg kita akan menemui kegagalan dan kesedihan?

Firman Allah SWT:

".. sesuatu yg telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.." - (An-Nahl ayat 1)

Bagi saya, tidak dinafikan bahawa apa yg terjadi pada masa hadapan ada sedikit sebanyak bergantung dgn apa yg kita buat pada hari ini. Tidak risaukan masa hadapan bukan beerti kita langsung tidak perlu membuat persediaan untuk masa hadapan. Berfikir untuk masa hadapan ada baiknya juga, dengan syarat kita menyalurkan kebimbangan pada esok hari ke arah yg lebih positif  dan bukan ke arah negatif.

Oleh itu, janganlah kita bersangka buruk dan tertipu dgn sebarang ramalan-ramalan masa depan yg tidak baik. Ia tidak semestinya akan terjadi, ianya hanya ramalan sahaja. Tiada guna kita menangisi dan takut akan masa hadapan yg belum tiba. Namun yg pasti, kita masih lagi berupaya utk bertindak melakukan sesuatu pada hari ini agar masa depan kita menjanjikan kebaikan.

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dgn kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yg keji (bersifat bakhil kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya." - (Al-Baqarah ayat 268)

3) Hiduplah Pada Hari Ini

Tiada guna lagi memandang peristiwa semalam yg dah terjadi, dan jangan biarkan diri diselubungi ketidakpastian masa depan yg belum diketahui. Fokus kepada kehidupan kita pada hari ini. Setiap detik menjanjikan pelbagai keindahan dan keseronokan. Gunakan peluang ini utk memperbaiki kesilapan lalu dan berusaha meningkatkan mutu kehidupan.

Apa kata dengan masa yg kita peroleh sekarang, kita meningkatkan mutu amal ibadat dan kesihatan rohani kita. Hari ini kita memohon taubat dari Allah SWT akan kesalahan lalu, bersyukur dgn segala rezeki yg diperoleh pada ketika ini, dan memohon kejayaan di masa hadapan. Hari ini juga kita cuba utk berbuat baik kepada orang lain, haiwan dan menjaga alam persekitaran dgn baik.

"Terimalah semua yg telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang yg bersyukur," (Al-A'raf:144)

Jadi kuatkan semangat dan nekad utk berubah kepada yg lebih baik. Percayalah dgn kekuatan azam kita. Betulkan niat kita kerana Allah, penuhi jiwa kita dgn ilmu-ilmu yg membakar semangat, berusahalah utk berubah, dan mintalah pertolongan dari Allah dgn sepenuh hati. InsyaAllah, kita berupaya utk mengubah hidup kita ini kepada yg lebih baik.

Mensyukuri Nikmat Allah SWT

Sedarkah kita bahawa nikmat yg Allah telah anugerahkan kepada kita adalah terlalu besar utk dihitung dan terlalu berharga utk dinilai? Mungkin kita tidak pernah menyedarinya. Bahkan, apabila kita ditimpa masalah, kita merasakan seperti orang yg paling tidak berguna di dunia ini. Amat rugilah bagi kita utk tidak berfikir sejenak dan renungkan segala nikmat2 yg Allah telah berikan utk kita.

Mari kita lihat sejenak pada diri dan sekeliling kita. Mempunyai anggota badan yg cukup lengkap, mampu utk melakukan apa sahaja yg dikehendaki. Sedangkan masih ramai yg tidak berupaya utk berjalan, melihat, mendengar, memegang objek dan sebagainya. Mempunyai kesihatan tubuh badan yg baik dan mampu utk bergerak kesana sini, sedangkan ramai yg terlantar dan tidak berupaya utk berbuat apa-apa.

Bagaimana pula dgn keadaan sekeliling kita. Hidup yg ditemani oleh pasangan hidup dan juga keluarga, sahabat handai, negara yg aman damai tanpa peperangan dan bencana alam, persekitaran yg sihat dan tiada wabak penyakit yg merbahaya, juga bekalan makanan yg sentiasa mencukupi. Sedangkan masih banyak negara2 yg terumbang ambing dan rakyatnya hidup menderita.

"...sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.." (Ibrahim:34)

Jadi, jika kita ditimpa sebarang masalah, janganlah terperangkap dlm kesedihan, kerana kita masih lagi memiliki nikmat-nikmat yg tidak terhingga yg Allah telah kurniakan kepada kita dan tidak kepada sesetengah daripada golongan kita yg kurang bernasib baik. Sedarlah bahawa kita sebenarnya telah meraup kenikmatan-kenikmatan yg tidak terhitung di dunia ini.

Bak kata omputeh, "there is always a bump in the road". Jadi, bersabarlah, kerana susungguhnya kekurangan itu taklah seberapa sangat jika dibandingkan dgn apa yg telah kita ada. Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan akan kenikmatan yg telah kita peroleh ini, dan bersyukur kepada Allah atas segala kurniaanNya. Semoga hidup kita lebih mendapat keberkatan dan kebahagiaan. :)

Kunci Kebahagian

Apa kunci kebahagiaan bagi setiap insan?


Mungkin berbeza mengikut kesesuaian diri masing-masing.


Tapi bagi saya, tiada lain yg membuatkan saya lebih gembira dari menjalani hidup ini dengan penuh keredhaan bersama anak-anak dan suami tersayang.


Dunia ini penuh dengan ujian dan dugaan dari Allah SWT dan syaitan pula sentiasa menghasuti manusia utk melakukan kejahatan. Kita sebagai hamba Allah adalah insan yg lemah, sungguh mudah terpedaya dgn hasutan syaitan dan keindahan harta dunia. Kadang-kadang kita lalai, terlalu mengejar dunia sehingga bekalan akhirat entah kemana.


Sebagai seorang surirumah, banyak juga cabaran yg ditempuhi. Tidak bermaksud kerja sebagai surirumah ni remeh dan senang. Zaman sekarang ni, jarang sekali wanita sanggup korbankan kerjayanya utk menjadi seorang surirumah. Malah ada yg sanggup jauh meninggalkan anak dan suami semata-mata utk mengejar kerjaya dan mencari nafkah keluarga. Terpulang kepada prioriti masing-masing.

Jadi, kepada surirumah2 sekalian, berbanggalah dgn diri anda, kerana anda antara golongan-golongan yg kuat. Berkorban kerjaya adalah bukan satu perkara yg mudah dilakukan oleh sesiapa. Syabas bagi semua surirumah diluar sana :)


***

Tujuan saya buka blog ini adalah utk berkongsi kisah kehidupan saya dgn sesiapa sahaja yg sudi membaca. Semua cerita adalah dari pengalaman saya sendiri tentang bagaimana saya menempuhi hidup saya sebagai seorang surirumah sepenuh masa.

Memandangkan ini adalah blog saya maka saya adalah boleh dgn sesuka hati untuk menaip apa sahaja yg terdetik di hati saya ini. Jika ada yg tidak suka atau kurang puas hati dgn apa yg saya bakal tuliskan di sini, anda berhak untuk merasa begitu dan juga berhak untuk tidak terus mengikuti blog ini. Hanya satu sahaja yg saya pinta.

My opinion may differs from yours. So please do not be judgmental. I have all rights to share my thoughts wherever whenever I want. 

Diharap dapat berikan kerjasama. Kita semua adalah makhluk ciptaan Allah. Sama sahaja di atas dunia ini. Cuma amalan sahaja yg membezakan kita, bukan harta, pangkat dan kecantikan. DaripadaNya kita datang, kepadaNya lah kita kembali. 
so, lets make this blog a judgment free zone okay. have a nice day! ;)

Wassalam.