Hari ini Adalah Yang Pasti


1) Biarlah yg Lalu itu Berlalu

Kita semua pasti inginkan kebahagiaan pada hari ini dan di masa hadapan. Akan tetapi kadang kala kita masih membiarkan diri dibelenggu oleh kesedihan dan kegagalan pada masa lampau, menyebabkan kita seolah-olah masih lagi hidup seperti dahulu. Peristiwa lama akan berulang kembali dan kita bertanya pada diri kita kenapa semua ini masih berlaku.

Adakah kita sedar bahawa apa yg telah berlalu itu tidak akan berulang kembali? Masa yg lepas itu sudah lepas. Tiada gunanya kita hidupkan kembali kisah lampau itu kerana kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yg terjadi pada waktu itu. Menjalani kehidupan berpandukan memori masa lalu seolah-olah kita telah mensia-siakan keindahan kehidupan kita pada waktu sekarang.

Marilah kita menyesali perkara yg telah berlaku itu, memohon keampunan dari Allah SWT dan berusaha utk memperbaiki masa sekarang dan juga hadapan. Kita tidak boleh mengubah kisah silam, tapi kita boleh mengubah hari ini kita kepada yg lebih baik. Jadikan kisah silam itu sebagai pengajaran dan teladan kepada kita.

2) Masa Depan Masih Belum Pasti

Begitu juga dengan masa hadapan. Kita tidak tahu apa yg akan terjadi pada masa hadapan. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Jadi, kenapa mesti kita risaukan masa hadapan? Buat apa kita menyibukkan hari ini kita dgn perkara yg belum tentu? Adakah kita pasti sama ada pada masa hadapan kita masih hidup utk menghadapinya? Adakah kita pasti yg kita akan menemui kegagalan dan kesedihan?

Firman Allah SWT:

".. sesuatu yg telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.." - (An-Nahl ayat 1)

Bagi saya, tidak dinafikan bahawa apa yg terjadi pada masa hadapan ada sedikit sebanyak bergantung dgn apa yg kita buat pada hari ini. Tidak risaukan masa hadapan bukan beerti kita langsung tidak perlu membuat persediaan untuk masa hadapan. Berfikir untuk masa hadapan ada baiknya juga, dengan syarat kita menyalurkan kebimbangan pada esok hari ke arah yg lebih positif  dan bukan ke arah negatif.

Oleh itu, janganlah kita bersangka buruk dan tertipu dgn sebarang ramalan-ramalan masa depan yg tidak baik. Ia tidak semestinya akan terjadi, ianya hanya ramalan sahaja. Tiada guna kita menangisi dan takut akan masa hadapan yg belum tiba. Namun yg pasti, kita masih lagi berupaya utk bertindak melakukan sesuatu pada hari ini agar masa depan kita menjanjikan kebaikan.

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dgn kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yg keji (bersifat bakhil kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya." - (Al-Baqarah ayat 268)

3) Hiduplah Pada Hari Ini

Tiada guna lagi memandang peristiwa semalam yg dah terjadi, dan jangan biarkan diri diselubungi ketidakpastian masa depan yg belum diketahui. Fokus kepada kehidupan kita pada hari ini. Setiap detik menjanjikan pelbagai keindahan dan keseronokan. Gunakan peluang ini utk memperbaiki kesilapan lalu dan berusaha meningkatkan mutu kehidupan.

Apa kata dengan masa yg kita peroleh sekarang, kita meningkatkan mutu amal ibadat dan kesihatan rohani kita. Hari ini kita memohon taubat dari Allah SWT akan kesalahan lalu, bersyukur dgn segala rezeki yg diperoleh pada ketika ini, dan memohon kejayaan di masa hadapan. Hari ini juga kita cuba utk berbuat baik kepada orang lain, haiwan dan menjaga alam persekitaran dgn baik.

"Terimalah semua yg telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang yg bersyukur," (Al-A'raf:144)

Jadi kuatkan semangat dan nekad utk berubah kepada yg lebih baik. Percayalah dgn kekuatan azam kita. Betulkan niat kita kerana Allah, penuhi jiwa kita dgn ilmu-ilmu yg membakar semangat, berusahalah utk berubah, dan mintalah pertolongan dari Allah dgn sepenuh hati. InsyaAllah, kita berupaya utk mengubah hidup kita ini kepada yg lebih baik.

0 comments: