Mensyukuri Nikmat Allah SWT

Sedarkah kita bahawa nikmat yg Allah telah anugerahkan kepada kita adalah terlalu besar utk dihitung dan terlalu berharga utk dinilai? Mungkin kita tidak pernah menyedarinya. Bahkan, apabila kita ditimpa masalah, kita merasakan seperti orang yg paling tidak berguna di dunia ini. Amat rugilah bagi kita utk tidak berfikir sejenak dan renungkan segala nikmat2 yg Allah telah berikan utk kita.

Mari kita lihat sejenak pada diri dan sekeliling kita. Mempunyai anggota badan yg cukup lengkap, mampu utk melakukan apa sahaja yg dikehendaki. Sedangkan masih ramai yg tidak berupaya utk berjalan, melihat, mendengar, memegang objek dan sebagainya. Mempunyai kesihatan tubuh badan yg baik dan mampu utk bergerak kesana sini, sedangkan ramai yg terlantar dan tidak berupaya utk berbuat apa-apa.

Bagaimana pula dgn keadaan sekeliling kita. Hidup yg ditemani oleh pasangan hidup dan juga keluarga, sahabat handai, negara yg aman damai tanpa peperangan dan bencana alam, persekitaran yg sihat dan tiada wabak penyakit yg merbahaya, juga bekalan makanan yg sentiasa mencukupi. Sedangkan masih banyak negara2 yg terumbang ambing dan rakyatnya hidup menderita.

"...sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.." (Ibrahim:34)

Jadi, jika kita ditimpa sebarang masalah, janganlah terperangkap dlm kesedihan, kerana kita masih lagi memiliki nikmat-nikmat yg tidak terhingga yg Allah telah kurniakan kepada kita dan tidak kepada sesetengah daripada golongan kita yg kurang bernasib baik. Sedarlah bahawa kita sebenarnya telah meraup kenikmatan-kenikmatan yg tidak terhitung di dunia ini.

Bak kata omputeh, "there is always a bump in the road". Jadi, bersabarlah, kerana susungguhnya kekurangan itu taklah seberapa sangat jika dibandingkan dgn apa yg telah kita ada. Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan akan kenikmatan yg telah kita peroleh ini, dan bersyukur kepada Allah atas segala kurniaanNya. Semoga hidup kita lebih mendapat keberkatan dan kebahagiaan. :)

0 comments: